♥♥♥Istikharah cinta♥♥♥

Bila masa buka jer incik fesbuk.. tetibe mata nie cepat je tengok satu video


pasai lagu cinta..mula tu malaih la nak layan tapi jejari tangan nie sengal


menekan butang "click" kat video yang member tu post..nak pendekkan 


citer,aq rasa masyuuuuk jer ngan lagu tu..lagi pon kalau tengok lirik 


nyer..memang penuh mendalam makna nyer..dengan kata lain..aq terus 


suruh sorang bestfriend aq tu gi upload lagu yang indah dan menusuk 


kalbu tu..(ayat bajet)..hehehe..


Then entah macam mana aq sesuke sangat kat lagu nie sampai jadikan 


lagu nie ringtone handset aq..dasat kot tarikan lagu nie..so..aku nak 


share2 la ngan korang2 nih..(bajet baik..tapi memang baik pon.... 


kehkehkeh)..


Dengan bangga dan rasa terhormatnya..aq kasi la korang dengar lagu tue 


sesambil menengok kat lirik yang aq memang siap dah hapal..hiihii..









p/s : Kerana terlalu sayangkan korang, aq sampai buat-buat terlupa tulis 


nama tajuk lagu nie..hampess.. tajuk die Istikharah Cinta..so hope korang2 


yang dengar lagu nie kat mane2, amek-amek la pedoman ye..^_^v

KHASIAT MILO

Bila mentari menampakkan kuasa cahayanya..sang pokok dan sang bunga tersenyum sampai ke telinga..cik rumput melambai2 tanda bahagia...kerajaan burung mengeluarkan kicauan kuat dek meraikan kejayaan melawan pihak kerajaan kelawar..dan tidak ketinggalan burung hantu yang menangis kesedihan tatkala tidurnya terganggu di siang hari..~fuyyyooo..ayat penuh berirama..kehkehkeh~

                  Alkisah...pada suatu hari, mase aku dok tengah feeling melayan fikiran yang entah ke awangan barangkali, mataku terpaku pada televisyen yang merayu minta dilihat siarannya..tiba-tiba, mataku yang kecik nie membulat dengan sendirinya..kenapa..?? hehehe,..dengan sendirinya, aku terhafal lagu yang ade kat tv tu..MINUM MILO ANDA JADI SIHAT DAN KUAT..!(dalam hati "aduiii haus la plak")..korang mesti selalu tengok iklan yang aku tengok tuh..betol tak?!..jangan tipu, nanti berdosa..kehkeh..



Ok..keesokan harinya, masa nak bersiap-siap nak pegi sekolah, dengan slumber yaya aku cakap kat nyonya emak,"mak, ari nie tukar menu minum ek..Kite tanak minum susu lagi..Kite nak minum minum milo.. okehh"..nyonya emak pun berkata dengan slumber" Apa kejadahnye budak nie..Tersampuk ape ke anak aku pagi-pagi nihhhh..=.="..Aku cuma bagi senyuman mengade-ngade kat nyonya emak sambil berkata, "Kite nak cuba selera baru la mak..lagipun kte dah besar, takkan la asyik nak minum susu dutchlady 3 in 1 lagi..huhu" (Dalam hati" ermm, aku nak sehat dan kuat..biar cikgu puji aku sorang jer ari nie..misi mesti dicapai.. hehehehe)..
              Setelah nyonya emak siap menghidangkan "air baru" tu, aku segera mencapai gelas besar yang berisi penuh air milo tu dan meminum ia sampai habis..Selesai kuantiti air tu habis diminum..aku terus mencapai tangan emak yang masih kaget dengan situasi pelik aku..Aku pun meneruskan perjalanan ke destinasi yang sepatutnya iaitu sekolah yang kusayangi.
              Bile sampai kat sekolah, aku senyum kat semua kengkawan sbb aku tahu misiku hari ini akan berjaya..(tak sabarnyer nak jadi orang yang SEHAT danKUAT!). Debaran demi debaran aku rasai bila mana puan cikgu menjejakkan kaki ke dalam kelas..Aku yakin plus confirm puan cikgu berbangga dangan prestasi aku hari nie....hehehehe...
              Entah macam mana tetibe jer, kelopak mata nie mendayu-dayu bila cik bulu mata melambai-lambai keriangan sesama lain..aku tidak mampu menolak ajakan sang mata untuk menikmati keindahan dan keenakan udara pagi tu...Akhirnya aku tewas dgn rayuan cik mata untuk bermesra bersama dan alangkah tenangnya kurasa saat itu..hatiku berbunga-bunga tatkala mendengar nyanyian sang hati yang dilanda keseronokan...Kurasa dunia itu milikku sahaja...Tiba-tiba, telingaku seperti menangkap satu suara makhluk yang aku rasa aku kenal siapa..Sah!..memang suara dia menjerit tatkala sampai waktunye...haha..teka..siapakah dia??!....makin lama makin dekat kurasa..dan kekuatan bunyi suara memaksa aku membuka tirai kelopak mata ini....
dan..................................................
dan....................................
dan.............................


alamaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk........................................................!!!!!!!!!!!!


dah pukul 3.00 petang...kelasku sunyi dan sepi...mane semua manusia nihhh...??.."ke mana semua orang pegi..??!!...takkan dah merajuk ngan puan cikgu kot" hatiku berbisik kecil.......Dan setelah berkali-kali kugosok mataku sehingga ku benar-benar pasti aku bukan di alam maya...aku termenung seketika...bila keadaanku kembali normal, barulah aku mampu berpijak di tanah bumi yang nyata..Cissssss..rupa-rupanya, aku TERTIDUR sejak masuk dalam kelas pagi tadi.... huhuhhhh...hampehhhh betul...


Moral: Jangan percaya pada iklan...huhuuuu....Sumpah.. lepas nie aku tanak da minum MILO...=.="

Karanganku suatu masa dulu

Teringat aku bila aku tengok adik-adikku tanya macam mana nak buat karangan yang baik..Lama aku dok pikir macam mana nak ajar adik-adikku nie..Tiba-tiba aku tersenyum sendiri..Entah macam mana aku teringat akan karangan yang membuat diriku bangga sampai hari nie..Aku pun pegi selongkar almari buku sampai ta kisah nyonya  mak marah sebab bilik macam tongkang pecah.Akhirnya pencarianku berakhir bila ku jumpa balik buku kecil sejarah kenangan hidupku..


Demi merealisasikan hasrat adikku, aku pun selak kain buku satu persatu..Dan mata aku segera menangkap pada satu bahagian mukasurat tu...(mata terus fokus....................sambil mulut mula membaca.....)
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi ais dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu..Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan  garfu  barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang..Dia melanggar punggung emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya pula melanggar lori itu. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan  lori itu. Lori itu terbabas dan  melanggar  pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah bas. Bas itu terbelah dua..Penumpang bas itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu bas itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Sailormoon dan menggunakan kuasa bulan untuk menghukum pemandu lori..


Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Raksasa. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter dan  terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar  pemandu bas yang telah bertukar menjadi Raksasa itu..Pemandu bas itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu bas semula lalu terhempas  ke jalan raya. Pemandu bas itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan  ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan  helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh  ke bumi. Emak saya menghantar  helikopter  itu ke tempat asalnya. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.


Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu  lori itu mati. Tidak lama kemudianP kereta polis pun sampai. Dia membuat  lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat  lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang  ramai  terlalu terperanjat dan semuanya mati..Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan  mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling  ngeri yang  pernah  saya lihat sebelum saya mati.



p/s : Sekian...^_^"


Bila Hati Sayang


Terfikir jugak bila sebut pasal sayang menyayang nie.. Sebagai makhluk Tuhan paling normal, memang ta lari punyer la kalo nak disayang dan menyayangi..aisehhh..macam jiwang pulak aq nie..kalo ta caye..cuba angkat kaki sapa yang tade perasaan tu..Rasa-rasanye korang yang angkat kaki tu memang orang ta normal..pasa pa..orang len biase angkat tangan je..korang angkat kaki..memang ta normal..hehe..kalo ta caye try tengok nie...

haaa..budak-budak kecik pon taw mende cinta versi sayang tu..sangat immposibble kalo korg tade perasaan tu...mase kicik2 dulu, aq selalu terfikir..cmne rase kalau sayang  or lebih spesifik loving kat someone tu..terfikir masa tu orang yang sayang nie dia cuma akan cakap die sayang kat kite..(very misunderstood..=.=")  yela..mase tu otak masih fresh lagi..tade na pikir2 pasal keluar jalan sama2, makan sepiring dan lebih spesel (istilah kononnya) pegang2 tangan macam sindrom masa sekarang..ta sah kalu sayang sangat kat couple tu ta pegang tangan..


kekadang minda kecik aq nie terfikir..betul ke kalo kite sayang kat orang tu..die akan jaga kite sebaik jagaan father dan mother kite...ermmm..takot plus ngeri gak bile tengok gejala sosial rumahtangga yang huru hara..mane yang kene pelempang,sepak terajang yang sebati,dera sana sini dan paling malang lagi siap tikam pasangan kalau geram sangat..huhu..risau jgk sbb aq nie pempuan or ladies yang ta bermaya dan lemah gemalai..ahakss..bak kate tok penghulu kampung mak aq "dah akhir jaman,macam2 dunia nih"..betul jugak kata tok penghulu tu..sekarang nak kata dunia kejam..dunia ta reti bercakap sbb tade mulut, nak kata dunia memusnah,tangan dan kaki pun tade..jadi memang dunia ta kejam tapi manusia yang hidup kat dunia tu yang kejam.. dengan nada sedih bercampur airmata yang mengalir, dunia berkata.."apelah nasib aq asyik dapat pingat anugerah gelaran yang entah ape2..manusia2x"....Oleh yang demikian, aq rasa rasa setiap korang ade terjemahan sayang tu sendiri..bagi diriku yang low profile nie..sayang tu bila mana perasaan yang sukar dimengertikan kehadirannya..  biarlah seikhlasnya kita menyayangi seseorang tu tanpa kita menyakiti sesiapa yang berada di sekeliling kita..manusia sememangnya ta kan dapat hidup tanpa perasaan sayang...betol x??..even kalau mak ayah korang tak sayang kat korang..lama dah kot korang kena campak dalam sungai or letak je korang kat dalam tong sampah..macam adegan dunia sekarang..huh..manyak kesian itu baby..apa punya olang la talak ada pelasaan oooo...itu kucing oo sayang masih ama anak dia..So, depent kat korang sendiri la cane nak nak sayang dan disayangi.. And lastly, perkahwinan adalah satu jalan yang in dah dan kita tidak perlu merosakkan keindahan alam perkahwinan tersebut..
p/s : lagu nie khas untuk korang yang kusayangi..




Enthrow :Connection tercipta

Bila tengok dunia makin canggih,hati pun terfikir gak..bile la aku nie nak canggih macam dunia...So,kerana desakan hati yang kuat, akhirnya otak dan anggota yang lain terpaksa mengalah..Otak kasi lesignal kepada jasad dan akhirnya si tangan pun terpaksa akur dengan arah pihak atasan..Jari-jemari bertungkus lumus sampai tidak mempedulikan si mata yang kesakitan... Ok..tu intro dari saya untuk perasmian blog nie..


SILA ALERT : Manusia adalah makhluk pelupa..Mungkin ada kata-kata yang korang ta paham ke atau bahase yang taboleh na terjemah dalam mind korang...atau secara bahasa internationalnye misunderstanding...Sangat dialu-alukan untuk memberi tunjuk ajar..semoga saya dapat belajar macam korang sumer...SEKIAN..